top of page

pengenalan

Krisis air di Lembah Kelang pada awal 2014 telah menyedarkan semua pihak untuk mempertimbangkan semula sumber bekalan air alternatif. JKR perlu menjadi peneraju dalam pelaksanaan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) dalam projek-projek awam yang boleh menjadi contoh dan rujukan kepada industri.

Pada masa ini, sistem SPAH direkabentuk dan dibangunkan oleh syarikat pakar. Sebagai entiti perniagaan, syarikat-syarikat ini lazimnya akan mencadangkan sistem yang paling menguntungkan syarikat. Para perekabentuk JKR menghadapi masalah di mana syarikat-syarikat ini akan mencadangkan tangki SPAH yang terlalu besar dan tidak optimum sebagai bekalan air alternatif. Kesan dari langkah tersebut adalah tangki yang dicadangkan mengambil saiz ruang yang lebih dan tidak optimum dalam bangunan.

Koordinasi rekabentuk bersama disiplin lain untuk merekabentuk SPAH akan mengambil masa yang lama, kerana melibatkan komunikasi antara disiplin.

 

Kebergantungan para perekabentuk kepada pihak lain menyebabkan mereka kurang atau tidak memahami SPAH itu sendiri.

Garispanduan ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada SPAH dan seterusnya menjadi peneraju kepada sistem ini.

Mengaplikasi SPAH kepada bangunan yang direkabentuk adalah menepati kehendak Polisi Pembangunan Lestari JKR yang berteraskan dari Dasar Teknologi Hijau Negara.

  •  

hak cipta zawawi mahfodz. Proudly created with Wix.com

bottom of page